Saturday, April 19, 2025
No menu items!
HomeOrang KitaPucuk dicita ulam mendatang....

Pucuk dicita ulam mendatang….

Tidak disangka-sangka , sudah berabad lama. Kami telah berdiam seketika. Kata pujangga , kita hidup hari ini, belajar dari yang lepas , semoga ada harapan untuk hari esok.

Kami kembali, di dalam talian, memberi anda wadah berkongsi cerita, menukil sastera prosa & puisi, mendengar pengalaman, memberi pandangan, mengupas ilmu, dan mencuit minda

Jadi apa sebenarnya yang boleh kita jumpa di TWEP (The Wednesday Post)…… bacalah , lihat sendiri , tak kenal maka tak cinta kan?

Kami kembara bersama anda

Kepada anda yang gemar menulis cerita, berkongsi pengalaman, hantarkan lah pada kami karya anda , dan akmi akan menyiarkankarya karya anda itu di lelaman ini. Asalkan karya anda itu hasil karya yang asli, tidak bercanggah dengan visi lelaman ini, kami akan berusaha memaparkan karya anda.

Di sini bukan lah wadah untuk berpolitik, mencetus perbalahan atau kontroversi. Sekiranya anda ingin mencari hiburan seperti itu, banyak lagi lelaman lain yang ada sediakan.

Matlamat kami adalah untuk memberi pengalaman positif pada netizen yang datang ke sini. Mereka yang mencari kelainan dan sudah bosan dengan politik & kontroversi. Mereka yang inginkan tempat yang selamat untuk berkongsi ilmu .

Ramai di antara kami yang sudah bosan dengan tulisan kontroversi, berpolitikus, dan berhujah tentang perkara yang tidak berfaedah yang mungkin hanya menimbulkan kemarahan ataupun mengeliru, seperti berita palsu. Kalau nak ikut linggo orang sekarang, jangan nak asyik membawang ajer lah!

OK, cukuplah kita tulis disini sebagai permulaan. Ayuh kita tukar minda ,

Let’s Change The Script!

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments